Thursday, February 2, 2017

2017 Tahun Baru Yang Lebih Mencabar

Pembuka Tirai 2017 Yang Mencabar

Setiap tahun ... tahun berganti tahun sentiasa berhadapan dengan cabaran yang semakin hebat apatah lagi kita sebagai warga pendidik.

Kepesatan teknologi dan perubahan demi perubahan dalam dunia pendidikan menuntut guru agar lebih kompetitif dan maju setapak atau 2 tapak ke hadapan :)

Bagi saya, 2017 merupakan satu cabaran yang amat positif untuk saya terus mendidik anak bangsa dengan lebih berusaha dan gigih lagi.

Pengalaman demi pengalaman dan cabaran demi cabaran harus kita tempuhi dengan aura positif.

Penggunaan teknologi terkini dalam dunia pembelajaran amat memberi kesan yang positif dan ini telah saya aplikasi di dalam kelas sejak sekian lama dahulu.  Namun dengan kepesatan teknologi dan aplikasi internet sangat menerujakan saya dalam pembelajaran setiap hari..

Perkara pokok apa yang ingin saya katakan di sini ialah pengamalan dan pembudayaan teknologi dalam teknologi sangat byk membantu guru dalam menarik minat pelajar di dalam kelas.  Oleh itu, kita sentiasa harus bersedia dan sentiasa upgradekan diri kita agar kita selari dengan pelajar masa kini abad ke 21...

Jangan kita jadikan alasan malas meneroka sesuatu yang baru atau belajar benda yang baru menjadi penghalang kepada kekreatifan kita dalam pengejaran :)

Apa-apa pun.. kemudahan dan kebolehcapaian teknologi itu di dalam sesuatu kawasan sekolah sangat penting.. disamping kemampuan individu pelajar itu juga sangat memainkan peranan penting dalam penggunaan teknologi dalam pembelajaran ...

Oleh itu, sentiasalah kita berusaha sekuat yang boleh agar terus selari dengan dunia masa ini agar tidak terus ketinggalan...

Salam semua


Friday, March 15, 2013

Baru nak start balik blog ini untuk tahun 2013...

hampir empat bulan sekolah buka dan mengajar di dalam kelas.. satu keseronokan sebab lama bercuti hujung tahun hari tu..  Bebudak dalam kelas pun nampak baru dan semuanya serba baru..

pada tahun ini tetap dan berpencen mengajar mata pelajaran sejarah tingkatan 3 (6 buah kontrak) dan 2 kelas tingkatan 2... maksudnya 8 buah kelas..purata dalam kelas pelajar seramai 30.. jadi pelajar saya pada tahun in seramai secara puratanya 240 orang.. setakatnya, 80-90 % sudah kenal nama setiap pelajar..

apa yang menarik tahun ini?
...pertama sekali, pelajar baru dan semua baru..! sudah semestinya menyeronokkan..
Pelajar tingkatan 3 sudah semestinya harus bersedia dengan pmr yang akan menejelang tidak lama lagi.. yalah harus melakukan yang terbaik kerana tahun ini adalah tahun terakhir PMR dijalankan (dengar khabarnya lah..)

...suasana pembelajaran yang lebih mencabar..! Sangat menyeronokan dengan sasaran PMR untuk Sejarah yang lebih tinggi..kalau 100% bohonglah, dah dikatakan sekolah luar bandar...

ini saja yang menyeronokkanpada tahun ini..

apa yang tak best nyer tahun ini..?
...pertama sekali, ada pelajar yang tidak pandai membaca, menulis.. tak per..cobaann....cabaran..jangan risau , pelajar ini nanti confirm dapat lulus punya berkat usaha semua pihak..

...keduanya, entah, masih belum ada yang tak best nyer setakat ini.. tapi tak per.. lain kali saya simpan dalam blog ini..

Nasihat kepada pelajar saya di luar sana dan yang membaca blog iini, apa yang penting untuk berjaya dan cemerlang adalah dengan memotivasikan diri untuk terus belajar dan maju dalam semua aktiviti yang kita buat.  Semua ni terletdak dalam diri kita sendiri..!! buat habis baik dalam semua perkara biar puas hati.. ingatlah suatu hari nanti, penat susah dan lelah akan kita nampak.

PERCAYALAH..!! :)

Tuesday, May 22, 2012

Cuti Sekolah Menjelang...

Cuti Sekolah Menjelang

Penggal pertama tahun 2012 persekolah boleh saya katakan sudah sampai ke penghujungnya..
Pelajar semua bercuti sekolah termasuk guru-guru yang telah berkerja keras siang malam sepanjang 1 penggal lebih kurang 5 bulan semuanya.. sampai ada kerja yang diangkut ke rumah lagi.  Memangtidak dinafikan, cuti sangat perlu untuk guru-guru di sekolah.  Iyalah, dengan kerja yang sangat banyak, melayan kerenah pelajar, menjaga anak orang, mengasuh dan mendidik anak bangsa dan juga tidak ketinggalan melayan kerenah rakan-rakan sekerja..

Cuti sekolah 2 minggu lamanya untuk cuti pertengahan penggal ini yang bermula 26hb Mei 2012 dan tamat pada 10hb Jun 2012.. 2 minggu itu bukanlah satu tempoh yang lama.  Pejam celik, celik pejam tengok-tengok dah habis 2 minggu tu..apalah sangat kan.  Tapi, cuti itu sangat penting!!

Sedikit nasihat saya tujukan buat para pelajar di luar sana, tidak kira pelajar-pelajar saya atau pelajar yang lain kenal atau tidak kenal.  Cuti bukan sahaja untuk bergembira dan melupakan semua benda di sekolah atau untuk 'menidurkan' buku-buku.  Tetapi cuti ini untuk berehat sambil berilmu juga.  Buku-buku jangan 'ditidurkan' sangat.  Kerja rumah yang perlu dibuat, sila buat dan lengkapkan dengan bersungguh-sungguh.  Selepas itu nanti, barulah boleh bermain.  Bermain itu biarlah dengan selamat.

Selalu saya nasihatkan pelajar saya terutamanya kelas peperiksaan, jangan nanti balik ke sekolah habis cuti, yang elok menjadi cacat.  Tangannya hilang, jarinya putus atau kakinya patah.  Jadi, bagaimana mahu ambil peperiksaan, bukan?  Berhati-hatilah selalu.

Jangan lupa cuti ini buat ulangkaji subjek-subjek yang kritkal dan ulangkajilah bab-bab yg telah lama dipejari.  Sebagai contoh, pelajar yang akan menghadapi PMR, buatlah ulangkaji Tingkatan 1 dan 2.  begitu juga pelajar yang akan menghadapi SPM, buatlah nota-nota ringkas tingkatan 4 tahun sudah.  Walaupun kita rasa masih panjang lagi masa sebelum peperiksaan tetapi sebenarnya sekejap sahaja masa berlalu.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini untuk para pelajar di sana ialah masa cuti ini biarlah berekreasi dan beriadah secara ilmiah dan berhati-hatilah selalu.  Kita sebagai pelajar utamakan pembelajaran kita, seperti selalu saya beritahu kepada pelajar saya, masa main kita mainlah dengan sepuas hati, tetapi masa belajar biarlah fokus dengan belajar.  Cuti adalah untuk kita menambah baik kita punya skill pembelajaran dan jangan leka dan jangan abaikan pembelajaran kita.

Salam Cuti Semua..

:)

Wednesday, May 16, 2012

16 MEI 2012

SELAMAT HARI GURU

Sedikit Peristiwa Hari Guru SMK Tatau, 16 Mei 2012

Persembahan Khas dari Kelas 5A/1A


 
Persembahan khas dari Kelas 5C/1C




Video Aktiviti Pelajar Menyambut Hari Guru..

Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru

Setiap kali tangal 16 Mei setiap tahun, sambutan hari guru disambut di seluruh negara dan di sekolah-sekolah di Malaysia ini.

Hari Guru disambut sebagai tanda peringatan akan sumbangan bakti para guru dan penghargaan kepada semua insan yang pernah bergelar guru.  Setiap hari pada hari ini, saya sering teringat guru-guru yang pernah mengajar, membimbing, mendidik dan menjadi tempat mengadu (terutamanya pelajar asrama) oleh saya sepanjang saya menimba ilmu dan bergelar pelajar.

Pandangan peribadi saya, sekiranya tiada guru-guru saya dahulu atau sekiranya tiada cikgu-cikgu saya dahulu yang banyak membantu saya tidak mengecapi kejayaan pada hari ini.  Pada hari ini, saya menjadi seorang guru juga.  Guru bukan sekadar mengajar, malah mengasuh dan membimbing.  Pengorbanan guru memang tiada dapat dibalas dengan wang ringgit. 

Teringat saya ketika seorang guru saya dahulu yang sanggup datang membuat kelas tambahan pada hujung minggu untuk menambahkan lagi pemahaman terhadap subjek yang beliau ajar. Syukurlah, saya tidak mensia-siakan usaha guru tersebut. Terima kasih Cikgu! Ini sahaja ucapan yang mampu saya katakan.  Sebab jasa seorang guru memang tidak dapat kita balas. Besar pengorbanan seorang guru.

Sempena hari guru ini dan sebagai seorang guru pada hari ini dan pada zaman ini, memang tugas seorang guru bukan sekadar mengajar di dalam bilik darjah.  Namun saya tabik dengan guru pada hari ini walaupun pelbagai kerja dan tugas, semua nya dapat dilaksanakan dengan sehabis baik.

Tersentuh hati saya apabila teringat kembali pada zaman sekolah, ialah mengenangkan diri seorang guru pada hari ini.  Saya pernah dirotan dan didenda oleh guru akibat tidak buat kerja, lambat hantar buku dan sebagainya.  Namun, segala rotan dan denda itu bukan pematah semangat saya untuk terus berjaya malah menjadi pendorong saya berjaya hingga kini.  Marah atau melawan guru akibat didenda atau dirotan tiada terlintas langsung dalam fikiran ataupun jauh di sudut hati, ,malah ianya satu kenangan manis dan menyuruh saya lebih berusaha.

Terkilan pula hati saya apabila pelajar kini sesetengahnya yang hanya sekadar rotan di tapak (lalat pun tak mati) sebab tidak hantar buku atau tidak siap kerja terus melawan dan memarahi guru dan dengan cacian dilemparkan pada guru.  Bukan semua pelajar tetapi tidak lari pelajar yang bermasalah ini.  Pada saya, kalau tidak mahu sakit dan tidak mahu didenda guru,. kita buat sahaja kerja yang diberikan dengan habis baik, guru sangat memahami.

Di sini, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan selamat hari guru kepada semua guru saya.  Saya berharap, sebagai seorang guru pada hari, kita tidak jemu menabur bakti walaupun cabaran sentiasa menanti di hadapan sana, kita teruskan perjuangan.  Kita redah dan kita langkah setapak demi setapak untuk mendidik anak bangsa kita agar menjadi insan yang berguna.

Saya suka memetik kata-kata ilmuwan :

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama' yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
- Usman Awang (1979)


Terima kasih, Cikgu. 




 






“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI
PENDIDIKAN NEGARA”

Tuesday, May 1, 2012

Nota Sejarah : Perlu Atau Tidak?

Nota Sejarah : Perlu Atau Tidak?

Topik yang ingin saya kongsikan bersama hari ini, saya fikir dan rasa memang sangat sesuai dan relevan sekali pada masa ini dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat kini.

Yalah, semua maklumat dan yang dikehendaki ada di hujung jari sahaja. Buka sahaja komputer yang ada internet, semua maklumat mudah diperolehi dan senang pula diakses.  Namun, ada sesetengah pula disalahgunakan.

Berbalik kepada topik hari ini iaitu Nota Sejarah : Perlu atau Tidak? Persoalan ini mungkin mendapat pelbagai andaian dan pandangan dari semua orang.  Namun di sini, ianya adalah pandangan peribadi saya setelah lama berkecimpung dalam mengajar subjek sejarah ini.

Dalam subjek Sejarah, kitab atau buku utamanya ialah buku teks yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran dan mengikut silibus yang dirancang dan mengikut huraian sukatan pelajaran yang disediakan.  Para pelajar perlu membaca buku tersebut, amalkanlah budaya minat membaca.  Buku teks sejarah itu perlu dibaca dan jangan lupa tangan kita perlu bergerak untuk membuat nota ringkas berkaitan topik yang kita baca.  Mudah-mudahan kita memahami topik sejarah yang sedang kit apelajari.

Saya selalu beritahu pelajar saya, saya tidak pernah menghafal sejarah tetapi saya memahami sejarah.  Sudah semestinya, saya baca dahulu buku teks sejarah sehingga berulang kali dan sehingga faham lantas tangan bergerak untuk menuluis nota dan sudah semestinya terus lekat dalam otak.

Nota buatan sendiri berbeda dengan buatan orang iaitu buku rujukan.  Bukanlah menidakkan buku rujukan, tetapi buku rujukan adalah rujukan semata-mata dan bukan sumber yang utama berbeza buku teks sejarah merupakan rujukan yang utama.

Oleh sebab itu, saya sangat menegaskan pelajar saya untuk membuat nota dari buku teks sejarah yang mereka baca, apabila ada nota buatan sendiri saya yakin mereka secara tidak langsung telah membaca.  Penting membacabuku teks sejarah sebelum kelas bermula.

Nota sejarah seharusnya dibuat denga ringkas, padat dan mudah difahami oleh penulisnya.  Buatlah nota dalam peta minda yang menarik dan cantik dan kemas.  Iyalah, senang mata memandang dan membaca apabila membuat ulangkaji untuk ready peperiksaan nanti.

Namun, membuat nota sendiri atau tidak atau sekadar ingin membaca buku rujukan terpulang keapda pelajar sendiri.  Namun nasihat saya di sini, bacalah dan fahamilah buku teks Sejarah itu sebelum kita mempelajarinya di sekolah.  Mudah-mudahan para pelajar sekalian senang mempelajari sejarah dan 'otai' dalam subjek ini.

Ingat, jangan kita sekadar untuk lulus cemerlang dalam subjek sekarang tetapi penghayatan itu penting untuk memudahkan pemahanan kita.

Buatlah nota ringkas sendiri yang sendiri sahaja tahu nota yang anda buat sendiri.



Selamat Membuat Nota.. :)

Thursday, April 26, 2012

SEJARAH MENGAJAR KITA...

Apabila selesai mengajar did alam kelas, saya membuat refleksi kendiri dan lantas banyak fikiran dan idea terlintas dalam minda ini.  Nak cakap stres tak juga lah..

Inilah kerja seoarng gur yang bukan sahaja mengajar dan mendidik malah menilai kendiri dan pelajar nya sekali dalam segenap aspek.  Iyalah ingin melahirkan insan yang berketrampilan.

Sejarah mengajar kita...iya, memang benar sejarah itu mengajar kita dalam banyak aspek dalam hidup kita.  Setiap isi kandungan pelajaran ada nilai tersirat dan tersuratnya tersendiri dan harus diinterpretasikan dengan cara yang positif..

Sejarah mengajar kita dalam banyak perkara.  Kekadang, kita ini dibentuk oleh sejarah.  Bukan sahaja kita ini menjadikan sejarah itu iktibar malah dijadikan pedoman dan landasan untuk masa-masa yang akan datang.  Syukur dengan adanya Subjerk Sejarah ini yang mampu membina manusia menjadi manusia...

Sejarah mengajar kita untuk meneliti diri sendiri di samping senantiasa mengajar kita untuk mengubah ke arah yang positif agar tidak mengulangi kesalahan yang sama..itulah Sejarah..

Hayati, fahami dan mengertikan sejarah kita..

Kita belajar Sejarah bukan sekadar untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan.. lulus cemerlang dalam peperiksaan memang satu bonus kepada kita tetapi yang pentingnya ialah pengahayatan dan pengajaran dalam diri kita selepas kita mempelajari Sejarah..

Langkah Kemeterian Pelajaran utk mewajibkan Sejarah wajib lulus merupakan satu langkah yang sangat baik agar para pelajar benar-benar mengertikan sebanar Sejarah ini..

Salam semua..