Tuesday, May 1, 2012

Nota Sejarah : Perlu Atau Tidak?

Nota Sejarah : Perlu Atau Tidak?

Topik yang ingin saya kongsikan bersama hari ini, saya fikir dan rasa memang sangat sesuai dan relevan sekali pada masa ini dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat kini.

Yalah, semua maklumat dan yang dikehendaki ada di hujung jari sahaja. Buka sahaja komputer yang ada internet, semua maklumat mudah diperolehi dan senang pula diakses.  Namun, ada sesetengah pula disalahgunakan.

Berbalik kepada topik hari ini iaitu Nota Sejarah : Perlu atau Tidak? Persoalan ini mungkin mendapat pelbagai andaian dan pandangan dari semua orang.  Namun di sini, ianya adalah pandangan peribadi saya setelah lama berkecimpung dalam mengajar subjek sejarah ini.

Dalam subjek Sejarah, kitab atau buku utamanya ialah buku teks yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran dan mengikut silibus yang dirancang dan mengikut huraian sukatan pelajaran yang disediakan.  Para pelajar perlu membaca buku tersebut, amalkanlah budaya minat membaca.  Buku teks sejarah itu perlu dibaca dan jangan lupa tangan kita perlu bergerak untuk membuat nota ringkas berkaitan topik yang kita baca.  Mudah-mudahan kita memahami topik sejarah yang sedang kit apelajari.

Saya selalu beritahu pelajar saya, saya tidak pernah menghafal sejarah tetapi saya memahami sejarah.  Sudah semestinya, saya baca dahulu buku teks sejarah sehingga berulang kali dan sehingga faham lantas tangan bergerak untuk menuluis nota dan sudah semestinya terus lekat dalam otak.

Nota buatan sendiri berbeda dengan buatan orang iaitu buku rujukan.  Bukanlah menidakkan buku rujukan, tetapi buku rujukan adalah rujukan semata-mata dan bukan sumber yang utama berbeza buku teks sejarah merupakan rujukan yang utama.

Oleh sebab itu, saya sangat menegaskan pelajar saya untuk membuat nota dari buku teks sejarah yang mereka baca, apabila ada nota buatan sendiri saya yakin mereka secara tidak langsung telah membaca.  Penting membacabuku teks sejarah sebelum kelas bermula.

Nota sejarah seharusnya dibuat denga ringkas, padat dan mudah difahami oleh penulisnya.  Buatlah nota dalam peta minda yang menarik dan cantik dan kemas.  Iyalah, senang mata memandang dan membaca apabila membuat ulangkaji untuk ready peperiksaan nanti.

Namun, membuat nota sendiri atau tidak atau sekadar ingin membaca buku rujukan terpulang keapda pelajar sendiri.  Namun nasihat saya di sini, bacalah dan fahamilah buku teks Sejarah itu sebelum kita mempelajarinya di sekolah.  Mudah-mudahan para pelajar sekalian senang mempelajari sejarah dan 'otai' dalam subjek ini.

Ingat, jangan kita sekadar untuk lulus cemerlang dalam subjek sekarang tetapi penghayatan itu penting untuk memudahkan pemahanan kita.

Buatlah nota ringkas sendiri yang sendiri sahaja tahu nota yang anda buat sendiri.



Selamat Membuat Nota.. :)

No comments:

Post a Comment