Tuesday, May 22, 2012

Cuti Sekolah Menjelang...

Cuti Sekolah Menjelang

Penggal pertama tahun 2012 persekolah boleh saya katakan sudah sampai ke penghujungnya..
Pelajar semua bercuti sekolah termasuk guru-guru yang telah berkerja keras siang malam sepanjang 1 penggal lebih kurang 5 bulan semuanya.. sampai ada kerja yang diangkut ke rumah lagi.  Memangtidak dinafikan, cuti sangat perlu untuk guru-guru di sekolah.  Iyalah, dengan kerja yang sangat banyak, melayan kerenah pelajar, menjaga anak orang, mengasuh dan mendidik anak bangsa dan juga tidak ketinggalan melayan kerenah rakan-rakan sekerja..

Cuti sekolah 2 minggu lamanya untuk cuti pertengahan penggal ini yang bermula 26hb Mei 2012 dan tamat pada 10hb Jun 2012.. 2 minggu itu bukanlah satu tempoh yang lama.  Pejam celik, celik pejam tengok-tengok dah habis 2 minggu tu..apalah sangat kan.  Tapi, cuti itu sangat penting!!

Sedikit nasihat saya tujukan buat para pelajar di luar sana, tidak kira pelajar-pelajar saya atau pelajar yang lain kenal atau tidak kenal.  Cuti bukan sahaja untuk bergembira dan melupakan semua benda di sekolah atau untuk 'menidurkan' buku-buku.  Tetapi cuti ini untuk berehat sambil berilmu juga.  Buku-buku jangan 'ditidurkan' sangat.  Kerja rumah yang perlu dibuat, sila buat dan lengkapkan dengan bersungguh-sungguh.  Selepas itu nanti, barulah boleh bermain.  Bermain itu biarlah dengan selamat.

Selalu saya nasihatkan pelajar saya terutamanya kelas peperiksaan, jangan nanti balik ke sekolah habis cuti, yang elok menjadi cacat.  Tangannya hilang, jarinya putus atau kakinya patah.  Jadi, bagaimana mahu ambil peperiksaan, bukan?  Berhati-hatilah selalu.

Jangan lupa cuti ini buat ulangkaji subjek-subjek yang kritkal dan ulangkajilah bab-bab yg telah lama dipejari.  Sebagai contoh, pelajar yang akan menghadapi PMR, buatlah ulangkaji Tingkatan 1 dan 2.  begitu juga pelajar yang akan menghadapi SPM, buatlah nota-nota ringkas tingkatan 4 tahun sudah.  Walaupun kita rasa masih panjang lagi masa sebelum peperiksaan tetapi sebenarnya sekejap sahaja masa berlalu.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini untuk para pelajar di sana ialah masa cuti ini biarlah berekreasi dan beriadah secara ilmiah dan berhati-hatilah selalu.  Kita sebagai pelajar utamakan pembelajaran kita, seperti selalu saya beritahu kepada pelajar saya, masa main kita mainlah dengan sepuas hati, tetapi masa belajar biarlah fokus dengan belajar.  Cuti adalah untuk kita menambah baik kita punya skill pembelajaran dan jangan leka dan jangan abaikan pembelajaran kita.

Salam Cuti Semua..

:)

Wednesday, May 16, 2012

16 MEI 2012

SELAMAT HARI GURU

Sedikit Peristiwa Hari Guru SMK Tatau, 16 Mei 2012

Persembahan Khas dari Kelas 5A/1A


 
Persembahan khas dari Kelas 5C/1C




Video Aktiviti Pelajar Menyambut Hari Guru..

Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru

Setiap kali tangal 16 Mei setiap tahun, sambutan hari guru disambut di seluruh negara dan di sekolah-sekolah di Malaysia ini.

Hari Guru disambut sebagai tanda peringatan akan sumbangan bakti para guru dan penghargaan kepada semua insan yang pernah bergelar guru.  Setiap hari pada hari ini, saya sering teringat guru-guru yang pernah mengajar, membimbing, mendidik dan menjadi tempat mengadu (terutamanya pelajar asrama) oleh saya sepanjang saya menimba ilmu dan bergelar pelajar.

Pandangan peribadi saya, sekiranya tiada guru-guru saya dahulu atau sekiranya tiada cikgu-cikgu saya dahulu yang banyak membantu saya tidak mengecapi kejayaan pada hari ini.  Pada hari ini, saya menjadi seorang guru juga.  Guru bukan sekadar mengajar, malah mengasuh dan membimbing.  Pengorbanan guru memang tiada dapat dibalas dengan wang ringgit. 

Teringat saya ketika seorang guru saya dahulu yang sanggup datang membuat kelas tambahan pada hujung minggu untuk menambahkan lagi pemahaman terhadap subjek yang beliau ajar. Syukurlah, saya tidak mensia-siakan usaha guru tersebut. Terima kasih Cikgu! Ini sahaja ucapan yang mampu saya katakan.  Sebab jasa seorang guru memang tidak dapat kita balas. Besar pengorbanan seorang guru.

Sempena hari guru ini dan sebagai seorang guru pada hari ini dan pada zaman ini, memang tugas seorang guru bukan sekadar mengajar di dalam bilik darjah.  Namun saya tabik dengan guru pada hari ini walaupun pelbagai kerja dan tugas, semua nya dapat dilaksanakan dengan sehabis baik.

Tersentuh hati saya apabila teringat kembali pada zaman sekolah, ialah mengenangkan diri seorang guru pada hari ini.  Saya pernah dirotan dan didenda oleh guru akibat tidak buat kerja, lambat hantar buku dan sebagainya.  Namun, segala rotan dan denda itu bukan pematah semangat saya untuk terus berjaya malah menjadi pendorong saya berjaya hingga kini.  Marah atau melawan guru akibat didenda atau dirotan tiada terlintas langsung dalam fikiran ataupun jauh di sudut hati, ,malah ianya satu kenangan manis dan menyuruh saya lebih berusaha.

Terkilan pula hati saya apabila pelajar kini sesetengahnya yang hanya sekadar rotan di tapak (lalat pun tak mati) sebab tidak hantar buku atau tidak siap kerja terus melawan dan memarahi guru dan dengan cacian dilemparkan pada guru.  Bukan semua pelajar tetapi tidak lari pelajar yang bermasalah ini.  Pada saya, kalau tidak mahu sakit dan tidak mahu didenda guru,. kita buat sahaja kerja yang diberikan dengan habis baik, guru sangat memahami.

Di sini, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan selamat hari guru kepada semua guru saya.  Saya berharap, sebagai seorang guru pada hari, kita tidak jemu menabur bakti walaupun cabaran sentiasa menanti di hadapan sana, kita teruskan perjuangan.  Kita redah dan kita langkah setapak demi setapak untuk mendidik anak bangsa kita agar menjadi insan yang berguna.

Saya suka memetik kata-kata ilmuwan :

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama' yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
- Usman Awang (1979)


Terima kasih, Cikgu. 




 






“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI
PENDIDIKAN NEGARA”

Tuesday, May 1, 2012

Nota Sejarah : Perlu Atau Tidak?

Nota Sejarah : Perlu Atau Tidak?

Topik yang ingin saya kongsikan bersama hari ini, saya fikir dan rasa memang sangat sesuai dan relevan sekali pada masa ini dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat kini.

Yalah, semua maklumat dan yang dikehendaki ada di hujung jari sahaja. Buka sahaja komputer yang ada internet, semua maklumat mudah diperolehi dan senang pula diakses.  Namun, ada sesetengah pula disalahgunakan.

Berbalik kepada topik hari ini iaitu Nota Sejarah : Perlu atau Tidak? Persoalan ini mungkin mendapat pelbagai andaian dan pandangan dari semua orang.  Namun di sini, ianya adalah pandangan peribadi saya setelah lama berkecimpung dalam mengajar subjek sejarah ini.

Dalam subjek Sejarah, kitab atau buku utamanya ialah buku teks yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran dan mengikut silibus yang dirancang dan mengikut huraian sukatan pelajaran yang disediakan.  Para pelajar perlu membaca buku tersebut, amalkanlah budaya minat membaca.  Buku teks sejarah itu perlu dibaca dan jangan lupa tangan kita perlu bergerak untuk membuat nota ringkas berkaitan topik yang kita baca.  Mudah-mudahan kita memahami topik sejarah yang sedang kit apelajari.

Saya selalu beritahu pelajar saya, saya tidak pernah menghafal sejarah tetapi saya memahami sejarah.  Sudah semestinya, saya baca dahulu buku teks sejarah sehingga berulang kali dan sehingga faham lantas tangan bergerak untuk menuluis nota dan sudah semestinya terus lekat dalam otak.

Nota buatan sendiri berbeda dengan buatan orang iaitu buku rujukan.  Bukanlah menidakkan buku rujukan, tetapi buku rujukan adalah rujukan semata-mata dan bukan sumber yang utama berbeza buku teks sejarah merupakan rujukan yang utama.

Oleh sebab itu, saya sangat menegaskan pelajar saya untuk membuat nota dari buku teks sejarah yang mereka baca, apabila ada nota buatan sendiri saya yakin mereka secara tidak langsung telah membaca.  Penting membacabuku teks sejarah sebelum kelas bermula.

Nota sejarah seharusnya dibuat denga ringkas, padat dan mudah difahami oleh penulisnya.  Buatlah nota dalam peta minda yang menarik dan cantik dan kemas.  Iyalah, senang mata memandang dan membaca apabila membuat ulangkaji untuk ready peperiksaan nanti.

Namun, membuat nota sendiri atau tidak atau sekadar ingin membaca buku rujukan terpulang keapda pelajar sendiri.  Namun nasihat saya di sini, bacalah dan fahamilah buku teks Sejarah itu sebelum kita mempelajarinya di sekolah.  Mudah-mudahan para pelajar sekalian senang mempelajari sejarah dan 'otai' dalam subjek ini.

Ingat, jangan kita sekadar untuk lulus cemerlang dalam subjek sekarang tetapi penghayatan itu penting untuk memudahkan pemahanan kita.

Buatlah nota ringkas sendiri yang sendiri sahaja tahu nota yang anda buat sendiri.



Selamat Membuat Nota.. :)

Thursday, April 26, 2012

SEJARAH MENGAJAR KITA...

Apabila selesai mengajar did alam kelas, saya membuat refleksi kendiri dan lantas banyak fikiran dan idea terlintas dalam minda ini.  Nak cakap stres tak juga lah..

Inilah kerja seoarng gur yang bukan sahaja mengajar dan mendidik malah menilai kendiri dan pelajar nya sekali dalam segenap aspek.  Iyalah ingin melahirkan insan yang berketrampilan.

Sejarah mengajar kita...iya, memang benar sejarah itu mengajar kita dalam banyak aspek dalam hidup kita.  Setiap isi kandungan pelajaran ada nilai tersirat dan tersuratnya tersendiri dan harus diinterpretasikan dengan cara yang positif..

Sejarah mengajar kita dalam banyak perkara.  Kekadang, kita ini dibentuk oleh sejarah.  Bukan sahaja kita ini menjadikan sejarah itu iktibar malah dijadikan pedoman dan landasan untuk masa-masa yang akan datang.  Syukur dengan adanya Subjerk Sejarah ini yang mampu membina manusia menjadi manusia...

Sejarah mengajar kita untuk meneliti diri sendiri di samping senantiasa mengajar kita untuk mengubah ke arah yang positif agar tidak mengulangi kesalahan yang sama..itulah Sejarah..

Hayati, fahami dan mengertikan sejarah kita..

Kita belajar Sejarah bukan sekadar untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan.. lulus cemerlang dalam peperiksaan memang satu bonus kepada kita tetapi yang pentingnya ialah pengahayatan dan pengajaran dalam diri kita selepas kita mempelajari Sejarah..

Langkah Kemeterian Pelajaran utk mewajibkan Sejarah wajib lulus merupakan satu langkah yang sangat baik agar para pelajar benar-benar mengertikan sebanar Sejarah ini..

Salam semua..


Friday, April 20, 2012

Nota Sejarah Tingkatan 3 akhirnya siap..

Akhirnya, nota sejarah tingkatan 3 siap juga..ambik masa sangat lama untuk siapkannya sbb banyak sangat kerja-kerja di sekolah dan komitmen yang lain terpaksa dilakukan dalam tempoh yang sama.

Tapi tak apa, dalam masa yang terdekat ni nanti, saya akan updatekan untuk tingkatan 1 dan 2.. ya lah..PMR dah dekat dah..bebudak cikgu pan dah ready utk PMR 2012.. tahun depan PMR last sudah dan hopefully, pelajar2 cikgu semuanya mendapat cemerlang dalam Sejarah..

Selamat Merujuk.. :)

Wednesday, February 29, 2012

Apa Nak Jadi...

Apa nak jadi ...?
Macam lama sudah saya tidak membuat artikal di sini.  Akibat terlampau sibuk dengan kerja harian dan juga tugas-tugas di luar kerja telah menyebabkan blog Cekgu Canz ini terabai sedikit.  Tambahan lagi masa sekarang para pelajar bertungkus-lumus dengan ujian bulan Mac yang sedang berlangsung.  Apa lagi, saya nasihatkan kepada semua pelajar agar buat habis baik, buat yang termampu oleh kita, mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

Apa nak jadi...? Tiba-tiba pada pagi ini ingin saya ingin bercakap sesuatu yang berkaitan kehidupan seharian dalam sesebuah intiusi atau organisasi.  Pada pandangan sayalah kadang-kadang akibat 'kesempitan' sesetangah orang akan mula mencari langkah mudah sehingga menjual maruah diri atau pun sehinggakan membebankan orang lain lantaran untuk kepentingan peribadi.  Tetapi yang menjadi mangsanya ialah ORANG LAIN yang begitu ikhlas mahu membantu dan menambahbaik apa yang ada kekurangan. Aduinaa..Apa Nak jadi?..

Apa nak jadi...?
Dalam sesuatu institusi atau organisasi, semua pihak harus diutamakan  semua pandangan harus diambil kira, bukannya sekadar dari sebelah pihak atau dari mana-mana 'manusia' yang dianggap berkuasa.  Di sini bukanlah yang bercakap tentang politik, bukan kepakaran saya bercakap tentang politik-politik ini.  Kalau pasal pembelajaran dan pendidikan, mudah-mudahan saya boleh membantu..

Dalam sesubuah institusi atau organisasi, sememangnya ada banyak golong dan 'kasta'.. Ya la..banyak orang banyak ragam.  Setiap hati nurani orang sukar untuk diselami.  Ada sahaja agenda di sebaliik senyuman..

Apa nak jadi..?
Apa-apa pun, saling bekerjasama antara satu sama lain.  Hiduplah dalam keadaan yang hormoni.  Kita tidak akan puas sekiranya, kita saling melukai satu sama lain.. Ingat, jangan dilihat orang yang berkata tetapi kita dengar apa yang dikata..

malu-malu monyet..!
Salam semua.. :)

Sunday, February 5, 2012

Subjek Sejarah buat saya GAGAL?

Sejak sekian kalinya, saya mendengar rintihan pelajar malah rintihan kawan-kawan saya juga.  Iyalah...pasal subjek di sekolah yang  buat diaorg gagal.. memang sejarah adalah subjek yang pertama diaorg sebut.
Sejarah sangat bosanlah..sangat susahlah..banyak fakat mahu diingatlah dan sebagainya...Buat sy punya result tak cantik..sedih gak lah dengar kan..

Ada budak jumpa saya masa sekolah atau masa luar sekolah bagitau saya.. "Cikgu, susah betul sejarah ni cikgu, banyak sangat benda nak dihafal..Terus saya kata kat pelajar-pelajar tu, "Siapa suruh awak ingat semua benda tu..sejarah ni bukannya untuk dihafal.. Cuba kamu faham jalan cerita dia..fahamkan betul-betul.." inilah ayat-ayat yang sring keluar dari mulut saya ni,...emmm..mcm setiap hari saya akan bercakap seperti ini..

Macam mana nak faham..? Satu jer... baca..baca..dan baca.. sebelum masuk kelas, selepas waktu sekolah dan bercerita dan bercakap serta bersoal jawab di dalam kelas.. gerenti kamu faham.  Percayalah..kamu semua boleh buat.. baca dan faham cerita dia.. Kenapa begini, kenapa begitu..apa sebab..mengapa dan kenapa lagi.  Soalan ini memang ada dalam setiap Sejarah.. sambil baca, tanay diri sendiri dan cari jawapannya.. PERCAYALAH...confirm dapat A dalam subjek SEJARAH ni..

Tapi yang penting juga ialah, guru yang mengajar di kelas berperanan penting dalam membuatkan pelajar ini faham dan meminati Sejarah.. Selalu saya berseloroh dengan pelajar, kalau tak minat subjek Sejarah ni, 'minatlah' guru yang mengajar tu..

Para pelajar juga tdk boleh  harapkan guru semata-mata..buat latihan banyak kalau ada yang esei tu..cari isi penting dia.. Yang soalan objektif, buat banyak soalan objektif sampai 40 set soalan PMR.. takkan dalam 40 set soalan (40 X 60 soalan =2400) tak da keluar PMR kan..

Apa-apa pun, selalulah bertanya pada guru Sejarah anda kalau tidak faham..para guru sedia memabantu...


Thursday, February 2, 2012

Takut Subjek Sejarah ...? atau tidak suka subjek Sejarah..!

Saya percaya, ramai pelajar di luar sana sangat tdk suka, takut dan menganggap sejarah itu membosankan..persoalannya, betul ker? sampai mcm tu sekali kan..
masuk jer guru sejarah, terus tidok, atau ada sesetengahnya lebih dahsyat, terus escape dari kelas ataupun 'bersiar-siar' di luar sekolah..

Ada juga la pelajar kat luar sana sangat suka sejarah ni, subjek paling best la..subjek paling diminati la, subjek paling cool la....tp tak ramai..betul tak?

Tp, kenapa plak perlu takut subjek sejarah ? bukannya puaka atau hantu pun.. atau subjek ini membosankan? Namun, pada pandangan sayala, sy ni dahulu tak lah terer sangat subjek sejarah masa di bangku sekolah, tapi minat tu adalah...

Skrg, saya sangat minat subjek sejarah tambah lagi sy mengajar Subjek ni di sekolah.. bagi saya, subjek ni sangat menyeronokan..kenapa? Tapi ya lah..semuanya terpulang kepada guru yang mengajar, betul tak..?

banyak aktiviti boleh dibuat, banyak video boleh ditonton, ada banyak gambar, lagu dan sebagainya.. dan nak ditambah lagi keseronokan plak, pelajar membuat dpersembahan di dalam kelas, menari la, berlakon lah... berpidato lah dan banyak lagi..sampai kekadang tak kering gusi dibuat nya.. kekadang sampai tak sedar masa pun tamat..ya lah, satu masa 35 minit kat sini..masa kelas plak guna laptop..pelajar bawa laptop klat sekolah untuk buat presentation power point, mencari maklumat dan sebagainya.. memang benar lah pelajar sekarg lebih "advance" dari zaman sy.. sy memang seronok setiap kali masuk ke kelas saya...pelajar-pelajar memang sporting..guru pun mesti sporting..mesti pandai ambik hati pelajar..mesti tau bercerita..mesti tau fakta dan auta..

Apa-apa pun, para pelajar itu sendiri perlu berdikari, tak payah lah nak guru tu paksa atau beleter dari masa ke masa.. budak tak buat kerja rumah lah..tak buat latihan la..nota tak buat la..itu la..ini lah..
mcm mana cikgu tak marah... cikgu marah bermaksud "care" lah tu.. jangan plak lawan cakap plak, kan...

Jangan takut subjek sejarah...semua fakta sejarah ibarat sebuah cerita yang perlu kita faham dan hayati..percaya cakap saya, kalau ada pemahaman, penghayatan dan ditambah sedikit minat sejarah, kita boleh lulus dan cemerlang dalam mana-mana peperiksaan sejarah... perlu rajin membaca..

Kekadang, saya selalu berseloroh dengan budak dalam kelas, baca lah buku teks sejarah tu. Bayangkan buku sejarah tu buku novel cinta, buku komik ka..buku kartun ka..confirm kamu org akan suka sejarah.

Dalam blog ni, saya akan siapkan dari semasa ke semasa nota-nota ringkas, peta minda, aktiviti2 yang menarik dan sebagainya. Harap bebanyak bersabar..

Sejarah bukan sekadar sebuah kisah lama yang patut dipelajari, tetap sebuah tauladan, sebuah cerita yang patut dihayati, difahami dan dijadikan landasan untuk hari-hari yang mendatang.  Ingat, dalam hidup kita penuh dengan pertanyaan "KENAPA" atau "WHY", begitu lah sejarah ini..kenapa?

Wednesday, February 1, 2012

Belum lengkap sepenuhnya...

Blog ini masih lagi dalam proses penambahbaikan..  dengan jadual masa harian yang penuh sampai tak dapat bernafas sebab kerja terlampau banyak..

Tapi, mudah-mudahan, blog ini akan siap sepenuhnya dari semasa ke semasa.... cuba curi sedikitlah masa untuk penambahan isi-isi dalam blog ini..

Sibuk sangatlah dengan awal tahun begini..:)

Tuesday, January 31, 2012

Sejarah.. bukan sekadar untuk dipelajari tetapi untuk dihayati dan difahami..

Beberapa minggu yang lalu, saya terfikir untuk membuat satu blog khas tentang mata pelajaran sejarah tingkatan 1 hingga 3.

Saya fikir blog ini akan membantu para pelajar saya yang celik komputer dan internet dapat melayari blog ini dan dapat memanfaatkan hasil kerja blog ini untuk peningkatan prestasi akedemik dalam mata pelajaran sejarah.

Diharapkan para pelajar di luar sana akan dapat memahami dan menghayati sejarah dan bukan sekadar belajar mata pelajaran sejarah.

sekian, terima kasih. :)

Berjinak-jinak..

Blog ini dibuat untuk dijadikan panduan kepada saya sendiri serta kepada para pelajar dalam mencari sumber rujukan tentang Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja.  Buat masa ini, blog ini untuk dijadikan bahan bantu mengajar disamping bahan nota pelajar terutamanya para pelajar yang sedang menuju PMR...

Terima kasih.. :)