Tuesday, May 22, 2012

Cuti Sekolah Menjelang...

Cuti Sekolah Menjelang

Penggal pertama tahun 2012 persekolah boleh saya katakan sudah sampai ke penghujungnya..
Pelajar semua bercuti sekolah termasuk guru-guru yang telah berkerja keras siang malam sepanjang 1 penggal lebih kurang 5 bulan semuanya.. sampai ada kerja yang diangkut ke rumah lagi.  Memangtidak dinafikan, cuti sangat perlu untuk guru-guru di sekolah.  Iyalah, dengan kerja yang sangat banyak, melayan kerenah pelajar, menjaga anak orang, mengasuh dan mendidik anak bangsa dan juga tidak ketinggalan melayan kerenah rakan-rakan sekerja..

Cuti sekolah 2 minggu lamanya untuk cuti pertengahan penggal ini yang bermula 26hb Mei 2012 dan tamat pada 10hb Jun 2012.. 2 minggu itu bukanlah satu tempoh yang lama.  Pejam celik, celik pejam tengok-tengok dah habis 2 minggu tu..apalah sangat kan.  Tapi, cuti itu sangat penting!!

Sedikit nasihat saya tujukan buat para pelajar di luar sana, tidak kira pelajar-pelajar saya atau pelajar yang lain kenal atau tidak kenal.  Cuti bukan sahaja untuk bergembira dan melupakan semua benda di sekolah atau untuk 'menidurkan' buku-buku.  Tetapi cuti ini untuk berehat sambil berilmu juga.  Buku-buku jangan 'ditidurkan' sangat.  Kerja rumah yang perlu dibuat, sila buat dan lengkapkan dengan bersungguh-sungguh.  Selepas itu nanti, barulah boleh bermain.  Bermain itu biarlah dengan selamat.

Selalu saya nasihatkan pelajar saya terutamanya kelas peperiksaan, jangan nanti balik ke sekolah habis cuti, yang elok menjadi cacat.  Tangannya hilang, jarinya putus atau kakinya patah.  Jadi, bagaimana mahu ambil peperiksaan, bukan?  Berhati-hatilah selalu.

Jangan lupa cuti ini buat ulangkaji subjek-subjek yang kritkal dan ulangkajilah bab-bab yg telah lama dipejari.  Sebagai contoh, pelajar yang akan menghadapi PMR, buatlah ulangkaji Tingkatan 1 dan 2.  begitu juga pelajar yang akan menghadapi SPM, buatlah nota-nota ringkas tingkatan 4 tahun sudah.  Walaupun kita rasa masih panjang lagi masa sebelum peperiksaan tetapi sebenarnya sekejap sahaja masa berlalu.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini untuk para pelajar di sana ialah masa cuti ini biarlah berekreasi dan beriadah secara ilmiah dan berhati-hatilah selalu.  Kita sebagai pelajar utamakan pembelajaran kita, seperti selalu saya beritahu kepada pelajar saya, masa main kita mainlah dengan sepuas hati, tetapi masa belajar biarlah fokus dengan belajar.  Cuti adalah untuk kita menambah baik kita punya skill pembelajaran dan jangan leka dan jangan abaikan pembelajaran kita.

Salam Cuti Semua..

:)

No comments:

Post a Comment