Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru

Setiap kali tangal 16 Mei setiap tahun, sambutan hari guru disambut di seluruh negara dan di sekolah-sekolah di Malaysia ini.

Hari Guru disambut sebagai tanda peringatan akan sumbangan bakti para guru dan penghargaan kepada semua insan yang pernah bergelar guru.  Setiap hari pada hari ini, saya sering teringat guru-guru yang pernah mengajar, membimbing, mendidik dan menjadi tempat mengadu (terutamanya pelajar asrama) oleh saya sepanjang saya menimba ilmu dan bergelar pelajar.

Pandangan peribadi saya, sekiranya tiada guru-guru saya dahulu atau sekiranya tiada cikgu-cikgu saya dahulu yang banyak membantu saya tidak mengecapi kejayaan pada hari ini.  Pada hari ini, saya menjadi seorang guru juga.  Guru bukan sekadar mengajar, malah mengasuh dan membimbing.  Pengorbanan guru memang tiada dapat dibalas dengan wang ringgit. 

Teringat saya ketika seorang guru saya dahulu yang sanggup datang membuat kelas tambahan pada hujung minggu untuk menambahkan lagi pemahaman terhadap subjek yang beliau ajar. Syukurlah, saya tidak mensia-siakan usaha guru tersebut. Terima kasih Cikgu! Ini sahaja ucapan yang mampu saya katakan.  Sebab jasa seorang guru memang tidak dapat kita balas. Besar pengorbanan seorang guru.

Sempena hari guru ini dan sebagai seorang guru pada hari ini dan pada zaman ini, memang tugas seorang guru bukan sekadar mengajar di dalam bilik darjah.  Namun saya tabik dengan guru pada hari ini walaupun pelbagai kerja dan tugas, semua nya dapat dilaksanakan dengan sehabis baik.

Tersentuh hati saya apabila teringat kembali pada zaman sekolah, ialah mengenangkan diri seorang guru pada hari ini.  Saya pernah dirotan dan didenda oleh guru akibat tidak buat kerja, lambat hantar buku dan sebagainya.  Namun, segala rotan dan denda itu bukan pematah semangat saya untuk terus berjaya malah menjadi pendorong saya berjaya hingga kini.  Marah atau melawan guru akibat didenda atau dirotan tiada terlintas langsung dalam fikiran ataupun jauh di sudut hati, ,malah ianya satu kenangan manis dan menyuruh saya lebih berusaha.

Terkilan pula hati saya apabila pelajar kini sesetengahnya yang hanya sekadar rotan di tapak (lalat pun tak mati) sebab tidak hantar buku atau tidak siap kerja terus melawan dan memarahi guru dan dengan cacian dilemparkan pada guru.  Bukan semua pelajar tetapi tidak lari pelajar yang bermasalah ini.  Pada saya, kalau tidak mahu sakit dan tidak mahu didenda guru,. kita buat sahaja kerja yang diberikan dengan habis baik, guru sangat memahami.

Di sini, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan selamat hari guru kepada semua guru saya.  Saya berharap, sebagai seorang guru pada hari, kita tidak jemu menabur bakti walaupun cabaran sentiasa menanti di hadapan sana, kita teruskan perjuangan.  Kita redah dan kita langkah setapak demi setapak untuk mendidik anak bangsa kita agar menjadi insan yang berguna.

Saya suka memetik kata-kata ilmuwan :

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama' yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
- Usman Awang (1979)


Terima kasih, Cikgu. 




 






“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI
PENDIDIKAN NEGARA”

No comments:

Post a Comment